Tuesday, 17 March 2015

SEJARAH

Politeknik Jeli telah memulakan operasinya pada 1 April 2007 di bangunan Perpustakaan Politeknik Kota Bharu , Kelantan . Seramai empat orang pengawai iaitu Encik Mohd Sopian Bin Bahauddin , AMP (Pengarah) , Tuan Haji Ibrahim Bin Abdullah (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik) , Puan Siti Noor Binti Abdullah (Pegawai Hal Ehwal Pelajar) dan Encik Shafwan Bin Ismail (Pegawai Pembangunan) merupakan tonggak utama di awal penubuhan Politeknik ini . Buat permulaan , seramai 34 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik (SKE) bagi sessi Julai 2007 dan mereka merupakan perintis bagi Politeknik ini .

Kampus tetap Politeknik Jeli yang akan dibina  melibatkan kos hampir RM124 juta yang meliputi kawasan seluas 122 ekar . Kampus ini dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2013 . Dari segi lokasinya , Politeknik Jeli akan berada di antara bandar-bandar Kota Bharu , Lojing , Cameron Highlands , Kuala Terengganu serta Tasik Pergau , Tasik Banding dan Tasik Kenyir yang menjadi pemangkin kepada program-program yang ditawarkan seperti Elektrik & Elektronik , Mekanikal serta Agro Teknologi dan Bio-Industri .


Pada 14 Februari 2013 , Majlis Penyerahan Projek Kmpus Tetap Politeknik Jeli telah diadakan di Kampus Tetap Politeknik Jeli oleh pihak JKR kepada Jabatan Pengajian Politeknik . Bermula dari 1 Mac 2013 , Politeknik Jeli , Kelantan telah beroperasi secara RASMI di Kampus Tetap Jeli . Pengambilan PERTAMA pelajar dilakukan pada semesta Jun 2013 . Program yang pertama dilaksanakan di Politeknik Jeli ialah Diploma Agroteknologi dan Akuakultur .

No comments:

Post a Comment