Tuesday, 17 March 2015

AGROTEKNOLOGI


JIKA dahulu majoriti masyarakat mengaitkan pertanian sebagai pekerjaan kampung yang tidak menjanjikan kekayaan, ternyata persepsi itu sudah lapuk dan ketinggalan zaman.

Ini kerana, seiring dengan slogan pertanian satu perniagaan, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah melahirkan ribuan usahawan tani yang bukan sahaja menempa kejayaan di dalam negara bahkan di luar negara.

PENGKLONAN

PENGENALAN :
Teknik pengklonan dalam tumbuhan melibatkan penggunaan keratan batang suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks, misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pambahagian sel secara mitosis.
Teknik pengklonan dalam haiwan dapat menghasilkan selumpulam klon yang menyerupai induknya dalam semua aspek; klon yang dihasilkan akan mempunyai kandungan genetik dan bilangan kromosom yang sama antara satu sama lain dan juga dengan induk.


Definisi :

DEFINISI PENGKLONAN TUMBUHAN Menurut kamus biologi , pengklonan dianggapkan sebagai satu teknik manipulasi genetik daripada sesuatu organisma untuk menghasilkan zuriat yang seiras dengan induk . Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif yang sama dari segi genetiknya dengan induknya .


Tujuan pengklonan :

Menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif yang mempunyai ciri-ciri yang baik yang terdapat pada induk .

Kebaikan pengklonan:


a) ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan.
b) bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam mas ayang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
c) klon tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam daripada biji bernih mengambil masa yang panjang unutk tumbuh dan menghasilkan buah) Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkan masa serta menjimatkan tenaga unutk penjagaan rapi pada peringkat muda.
d) menjamin keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman.
e) pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa.
f) memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak.
g) Pengklonan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang telah rosak (seperti jantung, hati atau ginjal).

Keburukkan pengklonan :

a) klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya sstu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit atau perosak tersebut, juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesies itu.
b) pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah.
c) bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan.
d) klon tidak menujukkan variasi dari segi genetik.
Pengkolnan manusia adalah diharam kerana:
e) meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana seorang lelaki ataupun wanita tidak memerlukan pasangan untuk mendapatkan anak.
f) jangka hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai kromosom yang sama dengan usia penderma.
g) kadar keguguran dan kematian adalah tinggi.
h) membolehkan manusia hidup selama-lamanya (bertentangan dengan hukum alam)

Kesimpulan :


Teknologi pengklonan perlu diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini.
Kaedah pengklonan dapat memberi revolusi kepada manusia serta menjaga alam dan sumber persekitaran jika kita melakukan dengan kaedah dan cara yang betul. Akan tetapi kita adalah diharam mengklonkan manusia dan menghasilkan individu yang seiras dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja menentang hukum alam semula jadi juga dengan agama.


KULTUR TISU

kultur tisu merupakan teknik atau proses untuk memastikan tisu hidup di dalam nutrien buatan.tisu tersebut diambil daripada bahagian-bahagian tumbuhan tertentu dan kemudiannya dikulturkan sehingga menjadi satu tumbuhan lengkap. ia juga disebut sebagai micropropagation .

Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan, seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran .
Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun tabung uji. Hasil daipada kaedah ini adalah serba serupa dengan induknya dan ia mewarisi sifat-sifat pokok induknya dan mengekalkan ciri-ciri asalnya. Jikalau didapati anak pokok yang dihasilkan berbeza daripada induknya, ini mungkin terjadi pada bahagian-bahagian tertentu seperti bunga dan daunnya. Misalnya induk yang berdaun lurus menghasilkan anak pokok yang daunnya sedikit melengkung dan sebagainya.Walau bagaimanapun, ini adalah jarang berlaku. 

Tidak semua jenis sel atau tisu boleh dikulturkan. Penyediaan medium harus dijalankan dengan teliti bergantung kepada keperluan tumbuhan terhadap ramuan untuk menghasilkan kalus dan organagenesia. Pensterilan yang sempurna harus dijalankan ke atas sel dan medium yang digunakan untuk menggelakkan pertumbuhan mikroorganisma. Pengkulturan tisu boleh mengalami perubahan atau perkembangan di luar jangkaan dan berlain daripada keadaan asalnya.

ingat! kultur tisu ini merupakan kaedah pengklonan bagi tumbuhan.Pengklonan bagi haiwan lebih mendatang keburukan berbanding kebaikan, namun pengklonan tumbuhan lebih mendatangkan manfaat kepada manusia. 


 Kelebihan tanaman melalui kaedah tisu kultur :
  • Penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar.
  • Spesies tanaman herba yang dibiakkan secara in-vitro didapati kurang variasi di dalam kandungan secondary metabolites berbanding pembiakan biasa. 
  • Sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus.
  • Bahan tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro membolehkan pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara negara .

Image result for kultur tisu tumbuhancontoh kultur tisu dalam balang kaca .
 











contoh :


Image result for kultur tisu tumbuhan










contoh proses kultur tisu

   


No comments:

Post a Comment